Giant is opening in Mid valley?
Friday, 27 March 2009
Giant rancang buka tiga pasar raya tahun ini PETALING JAYA 2 Mac - GCH Retail (M) Sdn. Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai Dairy Farm Group, yang mengurus rangkaian pasar raya besar Giant di Malaysia, sedang mengkaji untuk menambah tiga lagi pasar raya besar sebelum akhir tahun. Pengarah serantau Asia Timur, Dairy Farm International dan pemilik rangkaian pasar raya besar Giant, Datuk John Coyle berkata, mereka akan membuka pasar raya besar itu di Kuala Terengganu, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur dan Taiping. "Lebih 80 peratus jualan di pasar raya kami di seluruh Malaysia terdiri daripada barangan tempatan," katanya. Bagi pasar raya di luar negara dan syarikat sekutu kami di Singapura, Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Brunei, jualan produk Malaysia juga semakin meningkat," katanya pada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia, Giant oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sharir Abdul Samad di Pasar Raya Besar Giant di Putra Heights, hari ini. Tahun ini pertumbuhan mungkin perlahan sedikit berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, katanya. Beliau berkata, Giant menurunkan harga bagi 25 produk buatan Malaysia terpilih bulan ini. - BERNAMA

Community




